Minggu, 20 April 2008

Pakaian renang, gimnas tak jadi isu di Malaysia?

NAMA:AGHUS SIFAQ

NIM : 056484025

EMAIL: sifa_q@yahoo.com

Pakaian renang, gimnas tak jadi isu di Malaysia?

Herman Samsudeen
Thu | Jul 12, 07 | 4:47:52 pm MYT

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mengecam kenyataan yang dibuat oleh Menteri Belia dan Sukan, Dato' Azalina Othman Said berhubung dengan isu pemakaian tudung dan pakaian menutup aurat oleh para atlit negara.

Khaleejtimes online memetik laporan berita yang bersumberkan wawancara wartawan agensi berita antarabangsa, Reuters bersama Azalina pada Selasa baru-baru ini berhubung isu ini dan menyebarkannya melalui laman web mereka.

Azalina ditanya berhubung dengan kebebasan pemakaian atlit yang beragama Islam dalam sukan-sukan seperti gimnastik dan acara renang atau kolam air.

Pada pandangan beliau pemakaian pakaian renang atau baju gimnas yang ketat dan menampakkan peha atlit wanita Islam tidak menjadi isu di kalangan rakyat Malaysia dan beliau berterima kasih kerana rakyat di negara ini kononnya berfikiran terbuka terhadap perkara ini.

Setiap atlit yang beragama Islam bebas untuk memakai pakaian yang dipakai oleh mereka yang bukan Islam untuk bersukan.

Azalina yang juga ahli dan penyokong kuat Sisters in Islam memperjuangkan hak dan kebebasan wanita Islam untuk memilih jalan hidup dan aktiviti harian khususnya dalam aspek kesukanan.

Beliau juga bangga untuk menjadi contoh sebagai pemegang tali pinggang hitam dalam sukan Tae Kwan do yang tidak memakai tudung dan bagi beliau wanita Islam yang aktif bersukan dinegara ini khususnya mereka yang bertanding untuk mengharumkan negara tidak diwajibkan memakai tudung sebagai mencontohi dirinya.

Kenyataan ikhlas Azalina ini telah menelanjangkan idealisma Islam Hadhari yang sebenarnya. Dan kita melihat bahawa aspek sukan yang dibawa oleh Azalina ini benar-benar menyimpang dari Islam dan menyebabkan wanita Islam dipandang sama sahaja dengan mereka yang bukan Islam.

Pemuda PAS Wilayah mendesak agar Azalina menarik balik kenyataan beliau dan berusaha memperbaiki imej atlit-atlit Islam dinegara ini. Kita amat malu untuk mempunyai seorang Menteri yang lemah akidah seperti beliau dan sanggup mempermainkan hukum Allah demi survival Hak Asasi yang tidak jelas ini.

Kejayaan Ruqaya Al Ghasara dari Bahrain memenangi pingat emas dalam acara lumba lari 200 meter wanita di Sukan Asia tahun lalu sebenarnya sudah cukup untuk menjawab kritikan terhadap pemakaian tudung oleh atlit Islam yang kononnya dikatakan merencatkan kualiti persembahan mereka.

Perkara ini harus diteliti dan tidak dikesampingkan oleh Azalina. sebagai pemimpin beliau harus memikirkan yang terbaik untuk rakyat dan atlit wanita Islam dan tidak memperlekehkan apa yang disuruh oleh Allah sebegini.

Pak Lah harus mengesa Azalina untuk bertaubat dan segera memakai tudung. Imej pemimpin atlit Melayu Islam harus ditonjolkan dengan bijak kerana Islam tidak pernah menengelamkan imej dan keupayaan mana-mana umatnya dan telah banyak bukti yang kita telah lihat selama ini.

· Herman Samsudeen ialah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Komentar

Dengan membaca tulisan di atas saya berpendapat, jika atlet renang yang beragama islam boleh memakai pakaian renang yang minim atau pres bodi. tapi lebih baiknya kalau waktu latihan di bedakan antara laki-laki dan perempuan dan waktu perlombaan juga di bedakan tempat dan waktunya selain itu pelatihnya juga untuk pelatih laki-laki juga dari laki-laki, untuk pelatih perempuan juga dari perempuan. Terima kasih.

Tidak ada komentar: